KURSUS ASAS KERANI AM / PEMBANTU TADBIR & ASAS PERBANKAN ONLINE PERTAMA DI MALAYSIA

Thursday 26 May 2011

KURSUS 1:

KURSUS ASAS KERANI AM/ PEMBANTU TADBIR JARAK JAUH
Anda TIDAK PERLU mengambil cuti
Anda TIDAK PERLU menghadiri kuliah/kelas
Anda TIDAK PERLU membayar kos yang tinggi
Pada masa kini, kelulusan akademik sahaja bukan satu jaminan untuk anda mendapat pekerjaan yang baik. Anda perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai sijil kemahiran yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang ingin anda ceburi.


Syarikat swasta khususnya hanya memerlukan kakitangan yang berpengalaman 1 – 3 tahun. Sekiranya semua syarikat mengenakan syarat sedemikian, selagi itulah anda tidak layak memohon jawatan kerani am.


Mengikut pengalaman kami, ramai bekas peserta kursus ini telah diberi peluang untuk ditemu duga dan akhirnya berjaya mendapat pekerjaan tersebut walaupun tanpa pengalaman kerana mereka telah mempunyai pengetahuan asas berkaitan tugas-tugas rutin kerani am.


Kursus Jarak Jauh
Sejak beberapa tahun yang lalu, kursus ini dikendalikan secara hadir di setiap daerah. Pada masa tersebut kami telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kami. Antara masalah tersebut ialah meraka terpaksa mengambil cuti sehingga seminggu semasa menghadiri kursus ini. Mereka juga terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk kos tambang ke tempat kursus dan kos makan dan minum.Menyedari hakikat inilah maka kami telah melancarkan program "Kursus jarak jauh secara online" ini.

Modul kursus
Modul kursus kami dirangka begitu teliti untuk memastikan peserta-peserta kami mahir di dalam bidang pengurusan pejabat seperti surat menyurat rasmi Kerajaan, sistem fail rasmi Kerajaan, pengurusan stor kerajaan, Pengurusan Sumber Manusia, Asas perakaunan, kemahiran komunikasi  dan perhubungan pelanggan. Para peserta juga akan diajar “Teknik berjaya di dalam Temu Duga SPA/ Swasta”. Ini merangkumi persediaan awal (penyediaan resume,surat permohonan dan cara-cara memohon pekerjaan di Jabatan Kerajaan, sokongan serta soalan-soalan yang lazim dikemukakan di jabatan kerajaan dan swasta.), persediaan setelah mendapat panggilan temu duga serta tatacara ketika menghadiri temu duga.


Bagaimana Kursus jarak jauh ini dikendalikan?
Kursus ini dikendalikan secara online sepenuhnya iaitu nota-nota dikirimkan kepada peserta menggunakan email. Nota-nota adalah dalam bentuk "Presentation PowerPoint". Peserta-peserta kursus ini tidak perlu menghadirkan diri tetapi hanya perlu membaca nota-nota kursus tersebut. Untuk mempastikan peserta-peserta membaca semua nota tersebut, para peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah (Objektif – pilihan A-B-C) dan mesti mengirimkan kepada kami melalui SMS. 

Sijil Tamat Kursus
Para peserta yang telah menjawab semua soalan-soalan yang disediakan akan menerima 4 Sijil iaitu :
1. Sijil Tamat Kursus“Kerani Am/Pembantu Tadbir”
2. Sijil Tamat Kursus "Pengurusan Sumber Manusia"
3. Sijil Tamat Kursus "Komunikasi & Perhubungan Pelanggan"
4. Sijil Tamat Kursus "Asas Perakaunan"
untuk peluang lebih cerah mendapat pekerjaan.
Di dalam sijil tidak dinyatakan bahawa anda mengikuti kursus  ini secara jarak   jauh (Online).


Yuran Kursus
Yuran keseluruhan kursus ini adalah RM150.00 . TETAPI..... Sempena TAWARAN ISTIMEWA...anda hanya perlu membayar: RM100.00   Sahaja.


TAWARAN INI SAH SEHINGGA 31hb.  Dis   2011 Sahaja.
Bayaran Secara Ansuran
Ansuran Pertama: RM50.00. Ansuran Kedua: RM60.00= RM110.00
#1- Sekiranya anda memilih bayaran secara ansuran, nota juga akan dikirim secara berperingkat (2 kali kiriman).
#2-Sijil hanya akan dikirimkan setelah semua yuran dibayar sepenuhnya.
Penyelaras Kursus
Kursus ini disusun oleh seorang penceramah kursus berpengalaman lebih 16 tahun mengendalikan kursus-kursus perkeranian, perbankan, insurans dan takaful. Beliau adalah bekas guru dan pernah berkhidmat di syarikat kewangan, koperasi dan beberapa buah syarikat terkemuka. Kini beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA LABUAN BHD.


Bagaimana cara untuk mengikuti kursus ini?
Sila ikuti panduan ini:
1. Taipkan (Nama <> Daftar Kursus K.Am Online) SMS ke 012 - 818 3080.


2. Anda akan menerima No. Akaun Pengetua.


3. Sila ikut arahan yang diberikan.


Soalan-Soalan Lazim:

1. Berkesankah kursus jarak jauh ini?
   Jawapan: YA. Kursus jarak jauh telah lama diprktiskan di Malaysia Contohnya MAKTAB ADABI  Gaya Pos dan UNIVERSITI SAINS MALAYSIA dan ribuan pelajar telah berjaya.


2. Berapa lamakah kursus ini (pelajar boleh dapat sijil) ?
    Jawapan: Sebaik sahaja anda menjawab soalan-soalan yang diberikan dan mengirimkannya kepada kami melalui SMS, sijil terus dikirimkan menggunakan POSLAJU .


Ucapan terima kasih dari bekas peserta kursus(Ucapan ini telah dikirim melalui SMS)
Hello en. Aziz apa khabar? Setelah mengikuti kursus perkeranian pimpinan en.Aziz, akhirnya saya telah berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Saya ucapkan setinggi terima kasih pada en. Aziz. Salam dari Helda.


-------------------------------------------------------------------------
Saya nak ucapkan terima kasih pada en. Aziz kerana saya telah diterima bekerja di DBKK. Terima kasih di atas tunjuk ajar encik dan sokongan kawan-kawan ---. Amirul- peserta kursus K.Kinabalu.
--------------------------------------------------------------------------

Saya suzie bekas peserta kursus ini. Saya telah mendapat kerja kerani di sebuah syarikat swasta. Terima aksih en. Aziz.
--------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum. Saya Kartini telah mendapat kerja di LHDN Petaling Jaya. Saya ucapkan jutaan terima kasih pada En.Aziz.
-------------------------------------------------------------------------

Saya Ros bekas peserta kursus ini telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai kerani am di sebuah syarikat engineering. Terima kasih di atas tunjuk ajar En.Aziz.

------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum. Saya Rohani bekas peserta kursus anjuran tuan telah berjaya mendapat pekerjaan sebagai kerani di Syarikat carigali yang terkenal. Jutaan terima kasih atas tunjuk ajar en.Aziz.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftarlah sekarang!!

Monday 23 May 2011

KURSUS 2:

KURSUS ASAS PERBANKAN SECARA ONLINE

Pengenalan
Sebagaimana yang kita semua maklum, kerjaya di bidang perbankan adalah satu kerjaya yang  berprestej dan menjadi cita-cita ramai remaja. Untuk  berjaya mendapatkan kerjaya tersebut bukanlah mudah. Di samping kelulusan  akademik (minima SPM),anda juga perlulah mempunyai  pengetahuan asas di dalam  bidang perbankan kerana pengetahuan ini selalunya  diuji  ketika anda menghadiri temu  duga.  Kursus ini juga sangat sesuai untuk mereka yang ingin bekerja di syarikat insurans dan takaful.
Sejak beberapa tahun yang lalu, kursus ini dikendalikan secara hadir di setiap bandar-bandar utama di seluruh negara. Dalam tempoh tersebut, kami mendapati ramai pelajar-pelajar tidak dapat mengikuti kursus ini disebabkan tidak mempunyai masa disebabkan mereka mempunyai pekerjaan sementara di kilang-klang atau di supermarket.
Memandangkan perkara ini, maka kami telah menyusun kursus secara online ini. Di samping itu, mereka juga tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi kerana yuran kursus online ini sangat rendah dan mampu diikuti oleh semua. mereka juga tidak perlu mengeluarkan kos tambang, penginapan serta makan dan minum.

[ TIDAK PERLU menghadiri kuliah - TIDAK PERLU mengeluarkan kos yang tinggi ] - TIADA LAGI ALASAN - Kini semua boleh mengikuti kursus ini!!
Modul kursus

Antara modul di dalam kursus ini ialah:
- Sistem perbankan di Malaysia
- Sistem perbankan Islam
- Insurans & Takaful
- Pajak gadai Islam
- Kontrak - Musawamah
- kontrak - aqad
- Riba dalam Muamalat
Para peserta juga akan diajar tentang soalan-soalan yang lazim ditanya di dalam temu duga di bank.

Bagaimana kursus ini dikendalikan?
Setiap peserta kursus ini tidak perlu menghadiri kuliah atau kelas. Setelah anda membayar yuran kursus, nota-nota akan dikirimkan kepada anda melalui email. Nota-nota adalah dalam "Presentation PowerPoint". Untuk mempastikan anda membaca semua nota-nota yang diemailkan, anda dikehendaki menjawab beberapa soalan mudah dan mengirimkan kepada kami melalui email juga. Sekiranya terdapat jawapan yang salah, anda dikehendaki membetulkan jawapan tersebut. Setelah anda menjawab semua soalan dengan betul, sijil tamat kursus akan dikirimkan kepada anda melalui POSLAJU.
Yuran  kursus
Yuran kursus adalah RM150.00 sahaja. TETAPI sekiranya anda mendaftar sebelum tarikh   31 Disember 2011, anda hanya perlu membayar RM100.00 sahaja!!


Bayaran Secara Ansuran
Ansuran Pertama: RM50.00. Ansuran Kedua: RM60.00= RM110.00

#Sijil hanya akan dikirimkan setelah semua yuran dibayar sepenuhnya.

Sijil kursus

Setiap  peserta akan menerima "Sijil Tamat Kursus Asas  Perbankan" untuk peluang lebih  cerah mendapat pekerjaan  di bidang  perbankan.


Bagaimana cara mendaftar?

1. SMS  (nama penuh <> Alamat <> Daftar Kursus Asas Perbankan Online) ke 012 - 818 3080
2. Anda akan menerima no. Akaun pengetua
3. Setelah kami menerima yuran tersebut, nota-nota akan diemailkan ke alamat email anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana kami adalah satu-satunya Akademi yang menganjurkan Kursus Asas Perbankan ini secara online. Daftarlah sekarang!!

koleksi gambar-gambar pelajar Akademi Utama